Penduduk Kampung Baru Risau Papan Tanda Dwi Bahasa Ditukar kepada Papan Tanda Bahasa Kebangsaan Sahaja



Belum reda kontroversi papan tanda di Jalan Petaling, papan tanda asal dwi bahasa dengan bahasa kebangsaan dan bahasa Cina di Dewan Orang Ramai Kampung Baru Tronoh Mines, Perak pula lesap, yang tinggal hanya papan tanda bahasa kebangsaan sahaja.

ADUN Malim Nawar Shasha Veraiah berkata papan tanda bahasa Cina Dewan Orang Ramai Kampung Baru Tronoh Mines telah ditukar oleh pihak kontraktor tanpa pengetahuan Majlis Daerah dan beliau telah menghubungi Majlis Daerah sebaik sahaja mengetahui tentang hal tersebut seraya meminta mereka menukarkannya dengan papan tanda 3 bahasa. Menurut beliau Majlis Daerah Kampar telah menggunakan peruntukan sebanyak RM190,000 untuk menaik taraf  Dewan Orang Ramai Kampung Baru Tronoh Mines.


Sebelum kerja ubah suai dijalankan, papan tanda Dewan Orang Ramai Kampung Baru Tronoh Mines menggunakan bahasa kebangsaan dan bahasa Cina.  Kerajaan Perpaduan mengambil pendekatan kepelbagaian dan keterbukaan, serta dasar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga amat jelas bahawa bahasa Melayu, Cina dan Tamil boleh digunakan pada papan tanda.


Kwong Wah Yit Poh 26-2-2025


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.