Sayap Bersekutu Bersatu Bantah Garis Panduan Muslim Hadir Program Bukan Muslim

 

(Johor Bahru 6hb) Sayap bukan Melayu (Sayap Bersekutu) BERSATU negeri Johor membantah sekeras-kerasnya garis panduan untuk orang Islam yang menghadiri sambutan perayaan di tempat ibadat dan upacara pengebumian agama lain yang bakal dilancarkan oleh Kerajaan Madani kerana ia dilihat seolah-olah langkah pertama ke arah melaksanakan dasar pengasingan kaum.


Organisasi itu bimbang, andai malang menimpa dengan terlaksananya (apa yang termaktub dalam garis panduan itu), perpaduan nasional yang telah diusahakan oleh beberapa kerajaan selama 30 tahun akan terhapus selain menyebabkan semangat keharmonian yang dimeterai rakyat mundur 30 tahun ke belakang. 


Dalam kenyataan rasmi hari ini, ketua penerangan organisasi itu Khoo Kheng Ek  telah menyatakan pendirian organisasinya.


Beliau menegaskan, selama ini jemputan kepada muslim untuk menghadiri sambutan perayaan di tempat ibadat dan upacara pengebumian bukan muslim dilakukan atas dasar saling hormat dan saling percaya. Sama sekali tiada niat untuk menyinggung perasaan atau menyebabkan jemputan terpalit dengan fitnah akibat perbuatan dan tindakan yang dianggap sensitif. Tambahan pula, sudah berpuluhan tahun tidak kedengaran sebarang insiden tidak diingini berlaku.


Beliau berpendapat sekiranya muslim yang dijemput perlu mematuhi dua ketetapan dalam garis panduan tersebut iaitu program tidak boleh berlangsung semasa waktu solat dan lokasi program tidak boleh mempamerkan logo atau tanda agama selain Islam, maka ianya sungguh tidak munasabah kerana menindas dan mencampuri program yang dianjurkan oleh bukan muslim.


Menurutnya lagi, dalam tempoh 2 tahun 3 bulan Kerajaan Perpaduan mentadbir negara, antara dasar-dasar Islamisasi yang menjejaskan rakyat seluruh negara ialah Garis Panduan Konsert Universiti yang menetapkan pengasingan tempat duduk antara lelaki dan perempuan, pegawai JAKIM dilantik sebagai penyelia dalam setiap jabatan kerajaan di seluruh negara, program kutipan sumbangan di dewan SJKC tidak boleh mempamerkan logo jenama arak. Semua ini menzahirkan Kerajaan Perpaduan yang kelihatan liberal dan terbuka, tapi sebenarnya sedang melaksanakan agenda tersembunyi konservatisme secara berperingkat.


Beliau meminta rakyat Malaysia khususnya kaum Cina supaya sentiasa berwaspada, mengkaji secara menyeluruh semua dasar yang dilaksanakan Kerajaan Madani, dan mengemukakan bantahan sesuai pada waktunya agar negara dapat bergerak seiring dengan rentak globalisasi.


Beliau berpendapat garis panduan baharu diwujudkan berpunca daripada nyanyian  berkumpulan lagu Krismas di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang diketuai oleh menterinya Nga Kor Ming, sehinggakan Mohd Na'im  menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) perlu merangka garis panduan baharu untuk diedarkan kepada semua menteri kabinet. Oleh itu, beliau berkata, pertubuhan agama dan masyarakat sivil tidak sepatutnya ditarik ke dalam masalah ini.


Sumber : Oriental Daily 6-2-2025

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.