Bimbang Terus Digembar-Gemburkan Papan Tanda 3 Bahasa Dipasang Semula di Pasar Farlim


 (Pulau Pinang 1hb) Tidak sampai 3 hari, papan tanda dengan tulisan Cina Pasar Farlim di Bandar Baru Air Hitam yang  leaap telah "kembali"!


ADUN Paya Terubong Wong Hon Wei telah mengumumkan berita baik itu pagi tadi di laman FBnya.


Beliau turut memuat naik gambar papan tanda Pasar Farlim dengan 3 bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina dan Tamil, serta menandainya dengan tarikh 1 Mac 2025.


Selepas kejadian ketiadaan papan tanda dengan tulisan Cina di Kampung Baru Tronoh Mines, di Kampar mendapat perhatian ramai. Pengerusi MCA Bukit Gelugor Chooi Foo Cheong pada Khamis (27/2) mendedahkan papan tanda asal Pasar Farlim mengandungi 3 bahasa iaitu

bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Namun setelah diganti dengan yang baharu hanya ada tulisan bahasa Melayu, tulisan Cina dan Tamil telah "dilenyapkan".


Tinjauan wartawan dari China Press yang melawat pasar itu pada Khamis (27/2) mendapati papan tanda ketika itu hanya tertera tulisan bahasa Melayu "Pasar dan Kompleks Makanan Farlim" ditulis dalam tulisan putih berlatar belakang merah, dan di bawah papan tanda tersebut tertulis  "Majlis Bandaraya Pulau Pinang" dan "Pasar Farlim" juga dalam tulisan bahasa Melayu.


Sebelum papan tanda 3 bahasa dipasang di Pasar Farlim hari ini, para penjaja tidak bercakap tentang hal ini, menunjukkan bahawa mereka tidak menyedari bahawa papan tanda baharu tiada tulisan Cina, sehingga ada penjaja yang mendakwa tiada tulisan Cina pun tidak mengapa, kerana semuanya angkara ahli politik "buat kecoh".


Bagaimanapun, ada juga penjaja yang berkata, tanpa tulisan Cina, akan menyebabkan sesetengah orang tidak tahu terdapatnya medan selera dalam pasar tersebut, maka akan kehilangan pelanggan yang lalu-lalang di situ.


Selain itu, ada juga penjaja yang berpendapat, papan tanda asal mengandungi 3 bahasa, maka papan tanda yang menggantikan yang asal juga sepatutnya mengekalkan 3 bahasa, bukannya ditukar kepada 1 bahasa sahaja.


Semasa ditemubual Datuk Bandar Pulau Pinang Dato' Rajendran berkata, pihaknya akan mengubah dan memasang semula papan tanda dengan tulisan Cina.


Semalam, Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang Tan Soo Siang berkata, pihaknya  akan memasang semula papan tanda yang mengandungi 3 bahasa dalam minggu ini bagi mengelakkan pihak tertentu menggembar-gemburkan isu ini.


Tambah beliau, pada 2017 Pulau Pinang telah diisytihar sebagai sebuah bandaraya maka papan tanda asal Pasar Farlim dengan lambang Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)  perlu diganti dengan papan tanda dengan lambang Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).


Sumber : China Press 1-3-2025

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.