Dipercayai Tidak Menyiapkan Kerja Rumah • Guru Pulas Telinga Murid SJKC
(Segamat 5hb) Seorang murid perempuan tahun 4 sebuah SJKC di Segamat telah dihukum oleh guru perempuan yang bertindak memulas telinganya kerana dipercayai tidak menyiapkan kerja rumah. Dua kesan kuku guru itu jelas kelihatan pada belakang telinga murid tersebut yang menyebabkan kedua ibu bapanya berasa sangat sedih lalu mendesak guru tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka.
Kejadian ini telah berlaku di sebuah SJKC di Segamat semalam. Mangsa yang mengalami kecederaan di belakang telinganya ialah murid tahun 4 sekolah itu.
Ibu bapa murid tersebut tidak berpuas hati dengan hukuman dera yang dikenakan kepada anak mereka lalu menyiarkannya di Facebook, mengakibatkan kecaman orang ramai terhadap guru berkenaan dan siasatan daripada Kementerian Pendidikan
Ayah kepada murid tersebut (peniaga, 38 tahun) memberitahu media, beliau telah dihubungi oleh pihak sekolah hari ini untuk berbincang dengan guru besar dan pegawai Jabatan Pendidikan mengenai kejadian yang menimpa anaknya.
Beliau berkata, pihak sekolah berhasrat mengadakan pertemuan antaranya dengan guru perempuan berkenaan, namun beliau telah menolaknya kerana khuatir akan hilang kawalan emosi apabila berdepan dengan guru itu.
"Saya telah menjelaskan, saya tiada niat untuk mengambil tindakan undang-undang, saya hanya mahu guru berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka selain mahu dia berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu untuk menghukum murid"
Katanya, beliau faham tekanan yang dihadapi oleh guru-guru, namun jika anaknya membuat salah, beliau membenarkan guru merotan anaknya, tapi tidak dapat menerima perbuatan guru memulas telinga anaknya dengan kuat sebagai hukuman.
Tegasnya, niat mendedahkan kejadian tersebut kepada orang ramai adalah agar guru berkenaan menyedari hukuman dera terhadap murid sepatutnya berpandukan garis panduan KPM.
Encik Chow berkata, selama ini, anak perempuannya akan tinggal di rumah mak mertua selepas sekolah sehinggalah ke waktu petang, barulah beliau dan isteri menjemputnya pulang ke rumah mereka.
"Semalam, seperti biasa habis sekolah anak perempuan saya terus ke rumah mak mertua. Mak mertua dapati ada parut luka di belakang telinganya. Setelah disoal, barulah diketahui ianya akibat hukuman dera daripada guru, lalu menghantar gambar berkaitan kepada saya dan isteri."
Katanya lagi, anak perempuannya mendakwa seorang guru perempuan telah memulas telinganya sebagai hukuman dan beliau percaya anaknya telah dihukum kerana tidak menyiapkan kerja rumah.
Hantaran Encik Chow di Facebook telah mendapat reaksi yang kuat daripada orang ramai dengan 5000 siaran semula, dan 2000 komen, hanya 5 jam selepas disiarkan. Rata-rata warganet meminta ibu bapa tersebut membawa anak mereka menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat laporan polis.
Encik Chow, memaklumkan beliau telah membawa anaknya ke sebuah klinik swasta untuk mendapatkan rawatan dan ubat.
Sumber : Oriental Daily 5-3-2025

Ulasan
Catat Ulasan