๐ฃ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐ง๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ถ๐ป๐ฎ ๐จ๐ป๐๐๐ธ ๐ง๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ธ ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐ฐ๐ผ๐ป๐ด ๐๐ต๐ถ๐ป๐ฎ
Papan tanda jalan bahasa Cina yang telah dipasang selama 7 tahun kini menjadi sasaran! Pertubuhan Identiti Malaysia menggesa kerajaan tempatan agar mengambil tindakan tegas termasuklah menurunkan beberapa papan tanda jalan bahasa Cina di Kampung Baru Sungai Nipah, Port Dickson.
Pengerusi pertubuhan itu, Islah Wahyudi memberitahu akhbar berbahasa Melayu Kosmo bahawa beliau terkejut selepas menerima aduan itu dan melahirkan rasa kesal dengan kemunculan papan tanda jalan bahasa Cina di kampung itu.
"Saya tidak pasti berapa lama ia (papan tanda jalan bertulisan Cina) berada di situ, tetapi saya berharap kerajaan tempatan akan mengambil pendirian tegas dalam isu ini."
Tegasnya, jika kampung baru itu tidak mendapatkan permit, papan tanda jalan boleh diturunkan. Menurut Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan maka keistimewaannya perlu dipelihara.
Sebenarnya, papan tanda jalan bahasa Cina di Kampung Baru Sungai Nipah itu telah dipasang oleh jawatankuasa kampung itu sejak 2018. Kampung itu juga merupakan kampung baru pertama di Negeri Sembilan yang mempunyai papan tanda jalan bertulisan Cina, dengan harapan dapat menarik pelancong Cina berkunjung.
Walaupun kampung tersebut mempunyai papan tanda jalan bahasa Cina, namun papan tanda jalan bahasa Melayu tetap dikekalkan, dan papan tanda jalan dwibahasa ini telah menjadi ciri unik kampung itu.
Kampung Baru Sungai Nipah mempunyai 16 jalan dan lorong, di mana 14 daripada jalan tersebut dinamakan sempena buah-buahan iaitu Jalan Durian, Jalan Rambutan, Jalan Nanas, Jalan Pisang, Jalan Manggis, Jalan Mangga, Jalan Belimbing, Jalan Longan, Jalan Buah Ginseng, Jalan Buah Naga, Jalan Jambu Air, Jalan Oren, Lorong Betik dan Lorong Tembikai
Sumber : SinChew Daily 10-4-2025

Ulasan
Catat Ulasan