Suspek Tikam di Sekolah Alami Tekanan Pelajaran Akibat Lemah Bahasa Kebangsaan


 (Petaling Jaya, 14 Okt) — Dalam kes “pelajar lelaki menikam senior perempuan hingga maut”, siasatan awal polis mendapati suspek bertindak demikian kerana menaruh perasaan terhadap mangsa dan menghadapi tekanan pelajaran. Selain itu, pemeriksaan terhadap mayat pelajar perempuan berbangsa Cina, mendapati terdapat sekurang-kurangnya 50 kesan tikaman pada leher dan tubuhnya!


Siasatan polis juga menunjukkan bahawa suspek tidak mempunyai sebarang penyakit mental, dan dia merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.


Menurut laporan Sin Chew Daily yang memetik sumber, selepas polis mengambil keterangan daripada abang suspek, mereka mendapati bahawa suspek memang menaruh perasaan terhadap mangsa, malah telefon bimbitnya dipenuhi gambar mangsa.


๐—ง๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ ๐——๐—ถ๐˜๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ธ • ๐——๐—ผ๐—ฟ๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐˜‚๐˜€๐—ฝ๐—ฒ๐—ธ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—š๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐˜€


“Suspek pernah meluahkan perasaan cintanya kepada mangsa, namun ditolak. Disebabkan itu suspek berasa kecewa dan murung. Ditambah pula dengan tekanan pelajaran yang dihadapinya kebelakangan ini, mendorong tercetusnya niat bertindak ganas.”


Selain itu, suspek dikatakan tidak berpuas hati tahap penguasaannya Bahasa Kebangsaannya lemah, menyebabkan pihak sekolah menempatkannya dalam kelas peralihan.


Sumber : China Press 14-10-2025



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.